Ciri-ciri fizikal Khlong Echong

Berdasarkan peta topografi Tanah Melayu bersiri HIND 1035 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), sumber bagi Khlong Echong terletak di Bukit Balek Angin (atau Bukit Balik Angin) di rujukan grid RG4687. Khlong Echong akan menelusuri kawasan perhutanan dipterokarpa bukit dan dipterokarpa pamah, kemudian melengkung sedikit menuju ke arah tenggara. Terdapat anak sungai tanpa nama dari Bukit Balek Angin bermuara di sini. Khlong Echong akan membuat pertemuan sebagai muaranya dengan Sungai Ahning di ketinggian atas min aras laut iaitu 118 meter (387.1 ka). Muara sungai bagi Khlong Echong terletak berdekatan dengan sebuah tanah perkuburan yang ditinggalkan dan persempadan antara Mukim Batang Tunggang Kiri dan Mukim Batang Tungang Kanan.[3][4]Sungai Khlong Echong juga merupakan sumber saliran utama untuk Empangan Ahning.[2]